Tuesday, November 3, 2009



KONSEP SATU MALAYSIA

      Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak, menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak kalangan dalam masyarakat kita, dan masing-masing mulai membuat pentafsiran sendiri terhadap gagasan tersebut.
Terdapat reaksi yang baik dan positif daripada sesetengah kumpulan masyarakat. Tetapi tidak dapat dinafikan, persepsi negatif dan rasa kebimbangan akan timbul juga, terutamanya terhadap sesuatu visi yang baru, khususnya apabila terlalu banyak lahirnya spekulasi yang cuba memberikan gambaran yang agak mengelirukan terhadap sesuatu gagasan yang baru itu.
     Bagi saya, apa-apa sahaja gagasan dan visi baru yang dilancarkan oleh mana-mana pihak, maka hakikatnya segala sesuatu yang telah tersurat didalam Perlembagaan negara tentulah tidak akan disentuh. Malah peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan tentulah akan menjadi asas penting yang tidak boleh dicabuli. Hal inilah juga yang ditegaskan oleh Perdana Menteri baru-baru ini ketika menjelaskan lagi konsep Satu Malaysia yang dimaksudkan itu.
Satu Malaysia dari perspektif agama umpamanya, maka telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan Negara kita bahawa Islam adalah agama negara, dan agama-agama lain bebas diamalkan di dalam Negara kita secara aman dan harmoni. Peruntukan ini amat jelas memberikan perlindungan terhadap kekuatan agama Islam yang tidak mungkin dicabar kedudukannya, dan sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan. Maka kerajaan itu haruslah menghormati dan melindungi kedudukan Islam seperti yang termaktub. Dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan kepada agama-agama lain yang mahu diamalkan oleh penganut masing-masing dalam keadaan yang aman dan harmoni.
     Peruntukan ini telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negara dengan permuafakatan semua kaum di Malaya ketika Perlembagan Malaya Merdeka dirangka, sekaligus mambawa kepada pencapaian kemerdekaan negara pada 31 Ogos 19657. Pesefahaman juga telah dicapai dengan meletetakkan Islam sebagai agama persekutuan. Sebagai timbal balasnya, agama-agama lain boleh diamalkan oleh para penganut masing-masing di dalam aman dan harmoni.
     Oleh itu dari sudut agamanya, konsep Satu Malaysia sebenarnya telah memberikan pengisiannya yang lengkap semanjak penggubalan Perlembagaan Negara menjelang tarikh kemerdekan pada 31 Ogos 1957. Dan sehinggalah ke hari ini, kita tetap mempertahankan kedaulatan perlembagan kita itu dari sudut kedudukan agama rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
     Sejarah pembangunan tamadun islam semanjak zaman Rasulullah S.A.W. sehingga ke zaman kegemilangan islam yang bertapak di Eropah dan China, mambuktikan, konsep ‘satu’ agama yang merujuk kepada agama tauhid yang merangkumi sistem akidah, syariah dan moral penganut Islam sentiasa mampunyai prinsip mamberikan kebebasan beragama kepada semua orang dan menghormati penganut agama lain dan amalan yang mereka lakukan dalam agama mereka.
     Sejarah turut membuktikan, pemerintahan Islam semasa Rasulullah S.A.W. di Madinah, dan semasa Islam memerintah Andalusia, pemerintah tetap berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa sebarang tekanan yang boleh membawa kepada konflik sekaligus menimbulkan perpecahan dan sengketa di dalam masyarakat. Dasar ini dihormati dan difahami oleh semua warga yang menjadi rakyat dibawah pemerintahan itu. Lalu tidak terdapat sebarang gerakan atau pengkhianatan yang berlaku di kalangan rakyat sehingga memungkinkan timbulnya rasa resah gelisah dan tidak puas hati di antara rakyat. Konsep Satu Malaysia semestinya akan mangambil iktibar dari perjalanan sejarah ini demi keamanan dan kekuatan Malaysia sendiri.
Sejak kita mencapai kemerdekaan, dan semenjak berkuat kuasanya Perlembagaan, agama Islam merupakan agama negara, dan raja-raja Melayu merupakan sebuah institusi yang menjaga dan melindungi hal ehwal agama Islam.
     Yang Di-Pertuan Agong dalam lafas penerimaan perlantikan Baginda, salah satu perkara yang disebutkan ialah melindungi agama Islam di negara ini. Malah kedudukan agama Islam sebagai agama negara yang ulung di dalam negara kita juga merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa persetujuan untuk mematubkan Islam sebagai agama negara merupakan satu persepakatan di antara al-marhum Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dengan ketua parti politik MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar rakyat Malaysia ketika itu. Dan sebagai jaminan untuk kekuatan dan keamanan negara jugalah, Perlembagaan memperuntukkan, agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing dalam dalam dan harmoni.
     Kedudukan ini, saya rasa tidak mungkin disalah gunakan oleh sesiapa pun. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, tentulah Perdana Manteri manyedari hal ini ketika meletakan agenda pemerintahannya yang berkonsepkan ‘Satu Malaysia’.
     Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, saya percaya majoriti rakyat tetap cintakan perdamaian dan keharmonian, termasuk dalam mengamalkan agama masing-masing, dan dalam pendekatan mereka ketika membincangkan isi-isu agama di dalam masyarakat dan di kalangan mereka sendiri. Konsep Satu Malaysia mengakui keadaan ini, dan tentunya akan menolak sebarang gerakan atau agenda sebarang kumpulan agama yang radikal dan ekstrem dari kalangan agama mana sekali pun.
Senario masyarakat dunia pada hari ini menyaksikan kehadiran golongan radikal dan ekstremis dikalangan berbagai-bagai agama di seluruh dunia. Kita menyaksikan kelahiran ekstremis agama di kalangan penganut agama Kristian, Hindu, Buddha, dan Islam sendiri, yang bertindak ganas dengan menyalahgunakan agama dan memperalatkan agama untuk golongan yang tertentu. Atau kerana kepentingan diri sendiri.
     "Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia", -- bangsa yang bersatu, itu yang dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan konsep 1 Malaysia.
     Apa yang ketara konsep bersatu yang ditekankan 1Malaysia, menuntut warga Malaysia mengambil tindakan berdasarkan semua kumpulan etnik di negara ini dan melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum masing-masing.
     Felo Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Muhammad Hisyam Mohamad berkata usaha pembangunan akan menjadi mudah jika sesebuah masyarakat itu diikat dengan kesatuan dan perpaduan.
     "Kesatuan ini akan bertambah kukuh jika mereka bergabung atas dasar saling mempercayai dengan kumpulan masyarakat yang lain. Kesatuan menghasilkan semangat untuk bekerjasama dan seterusnya membantu mempercepat usaha pentadbir menyalurkan kebaikan dan kemakmuran kepada masyarakat," katanya.
Contoh sejarah awal tamadun Islam yang menjadikan kesatuan asas kukuh kepada sesebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.
     Bukti paling jelas ialah dengan melihat Piagam Madinah yang didraf oleh Rasulullah s.a.w selaku pengasas dan ketua kerajaan Islam Madinah yang mengandungi 47 fasal.
Baginda s.a.w meletakkan unsur kesatuan dan keperluan merujuk kepada satu perlembagaan yang sama oleh semua penduduk Madinah.
     Kandungan Fasal 2 piagam itu dapat diterjemah sebagai penekanan oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap unsur kesatuan dan kesepaduan bagi memastikan masyarakat majmuk dapat menikmati kehidupan yang harmoni dan bermutu di dalam negara.
     Selain itu, bagi mengelak sebarang prasangka yang boleh menghakis keutuhan perpaduan kaum, piagam Madinah Fasal 15 dan 16 turut menyenaraikan jaminan perlindungan keselamatan yang sama rata kepada setiap penduduk Madinah, termasuk kaum Yahudi selagi mereka mematuhi isi kandungan piagam.
     Beliau menarik perhatian kepada Fasal 47 piagam itu, yang menyebut mana-mana pihak yang berlaku zalim atau melakukan kesalahan, tidak diberi sebarang keistimewaan atau perlindungan di bawah piagam berkenaan.
     Muhammad Hisyam turut menyentuh Fasal 25 piagam yang memberi kebebasan kepada penduduk Madinah untuk mengamalkan anutan masing-masing.
     "Ini satu penghormatan yang diberikan oleh agama Islam kepada penganut agama lain untuk bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa sebarang gangguan atau sekatan daripada pihak pemerintah Muslim," jelas beliau.
     Bagaimanapun, sebagai imbalan kepada pelbagai hak yang diberikan oleh pemerintah, penduduk dikehendaki bertanggungjawab berganding bahu menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran dalam bidang kewangan, ekonomi dan kemasyarakatan di dalam negara.
     Fasal 47 itu menggambarkan bahawa satu bangsa yang bersatu bukan sahaja berkongsi negara malah mereka juga perlu berkongsi usaha untuk memajukan negara berkenaan dalam pelbagai bidang kehidupan.
     Justeru itu,"1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", dilihat tidak bercanggah dengan semangat kesatuan yang menjadi unsur utama kandungan piagam yang dibangunkan pada tahun pertama penghijrahan Baginda s.a.w ke kota Madinah.
     Pendekatan ini turut memperlihat unsur-unsur keadilan dan tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak menerusi satu jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada rakyat iaitu tiada anggota masyarakat akan terpinggir kerana semua pihak tanpa mengira latar belakang agama, sosio-ekonomi dan budaya dijanjikan satu pembelaan yang sewajarnya oleh kerajaan.
     Dilihat pula melalui sistem pendidikan dengan melaksanakan program pendidikan dan satu kurikulum kebangsaan untuk menjana perpaduan.Malaysia secara relatifnya aman damai kecuali ada titik hitam 13 Mei 1969 dan kisah pertentangan dan konflik perkauman beberapa tahun lalu.Konteksnya sekarang berbeza dengan sebelum merdeka dahulu. Ini lumrah hidup tidak ada sesuatu yang kekal melainkan perubahan. Sudah tentu konteks telah berubah bersama perubahan sosial, pendidikan, ekonomi dan politik.
Dahulu proses integrasi dan pembinaan negara memfokus kepada sistem persekolahan dan kurikulum kebangsaan iaitu "satu bahasa, satu bangsa dan satu iklim persekolahan".
     Beliau tidak bersetuju bahawa 1Malaysia diperkenal ekoran perpaduan masyarakat yang semakin lemah atau disebabkan masyarakat yang buta sejarah kerana pandangan itu memerlukan kajian terperinci untuk dibuktikan.
     "Dahulu kita ukur sejauh mana seseorang itu bersikap perpaduan seperti adakah orang akan berdiri jika Negaraku dimainkan? Tetapi sekarang pengukuran perpaduan lebih kompleks daripada itu kerana kita perlu mendalami pemikiran dan dasar hati manusia.
     "Saya tidak berani hendak kata perpaduan kurang kecuali telah ada data kuantitatif dan kualitatif untuk menyokongnya. Jika ukuran telah berubah tentu apa yang kita ingin lihat juga telah berubah."
     1 Malaysia di bidang pendidikan ialah ejen perubahan yang amat penting kerana kanak-kanak belajar bersosial di sekolah.Falsafah dan dasar pendidikan perlulah jelas kerana ia akan mempengaruhi pelaksanaannya.1Malaysia perlu dilihat bersama-sama dengan falsafah yang sedia ada seperti Rukunegara, Falsafah Pendidikan Negara, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan lain-lain.
     (1Malaysia memberi penekanan kepada lapan nilai -- budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti)
Pada saya, nilai-nilai ini perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum.Walaupun bukan baru, ia perlu diberi perhatian bersungguh-sungguh. Ia perlu dijadikan teras kurikulum serta diukur dari segi hasil pembelajaran baik di sekolah atau di universiti.Amat perlu mengubah pendekatan pendidikan supaya nilai-nilai ini terserlah dan diakui penting.
"Contohnya tugasan akademik di universiti perlu ada elemen kesungguhan dari segi teori, cara menulis dan membincangkan sesuatu isu. Selain itu, integriti diukur melalui tingkah laku individu yang terlibat.
     Kejayaan sesuatu perubahan terletak kepada penerimaannya.Dalam psikologi perubahan, akan ada individu yang berfikiran pesimis dan hanya melihat kepada rintangan sahaja. Ia boleh mempengaruhi individu lain.Oleh itu mengubah pandangan skeptical daripada negetif kepada positif amat penting."Perpaduan bukan cerita baru yang tidak diketahui. Berbekalkan sejarah dan teras ini saya rasa pandangan skeptikal boleh dikurangkan.
     Caranya ialah mewujudkan penerimaan ke atas 1Malaysia (nilai yang dikongsi)," ulas Prof Rohaty."(Ini bermakna) Perlulah nilai itu diterima dan difahami manfaatnya kepada kualiti hidup, organisasi dan diri sendiri.Saya rasa nilai-nilai ini cukup universal dan relevan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama."
     Prof Rohaty menolak pendapat yang mengatakan 1Malaysia hanya gimik politik. kerana politik dan kehidupan baginya merupakan dua elemen yang tidak boleh diasingkan. Maka kewujudan 1Malaysia akan mempengaruhi sosio-pendidikan dan politik.Baginya 1Malaysia bertujuan melanjutkan proses membina negara yang terlaksana 50 tahun lalu.
     "Politik dan pendidikan saling berkaitan maka masyarakat patut berfikiran terbuka menerima nilai-nilai dan pembelajaran baru yang lebih kreatif.
"Saya fikir banyak yang perlu diperjelas dalam 1Malaysia khususnya melaksana dan menilai kejayaannya.
"Kita perlu meneliti perbezaan dan fikiran setiap warga Malaysia tentang 1Malaysia dengan hati terbuka dan mencari permuafakatan. Saya berpendapat setiap warga perlu memberikan pandangan mereka dan lebih ramai cerdik pandai dapat berbuat demikian," ulasnya.Beliau turut melihat golongan pelajar sekolah sebagai sasaran: "Kanak kanak adalah golongan yang paling terbuka fikiran mereka. Individu dewasalah yang boleh meracun fikiran mereka. Oleh itu nilai tersebut perlu diterapkan sejak tadika lagi."
     Saya tidak nampak kewarasannya kenapa kita menolak pendekatan ini. Ia satu dasar yang amat baik yang patut diberi sokongan padu oleh semua. Tujuannya bagi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat.
     Cuma yang perlu difikirkan ialah apakah alat-alat yang sesuai yang boleh dijadikan sebagai landasan untuk kita bersatu. Cukupkah dengan hanya janji-janji pemerintah bahawa tiada ahli masyarakat yang akan dipinggirkan di dalam arus pembangunan negara dapat menjadikan rakyat Malaysia bersatu?Atau apakah pelaksanaan yang boleh dilakukan bagi merapatkan hubungan 28 juta penduduk Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan adat resam ini. Fikir-fikirkanlah.

No comments: