Sunday, December 6, 2009

NILAI UTAMA DALAM ETIKA KERJA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Amanah
Sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa penyalah gunaan kuasa dan kedudukan
Antara amalan amanah adalah :
• Sentiasa menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa menyeleweng dan cuai
• Bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan;
• Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi
• Berdisiplin dan mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya.
• Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan.

Benar
Benar pada niat dan perbuatannya, contohnya :
• Mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang
tersembunyi ataupun mengharapkan balasan.
• Bercakap benar dan menepati janji, tidak bercakap bohong dan mungkir janji.
• Bersedia mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh.
• Memberikan atau menerima arahan yang jelas dan tepat dan tidak mengelirukan.
• Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

Bijaksana

Menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan, seperti :
• Menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah
• Sentiasa berusaha menghasilkan kerja bermutu tinggi dan berkualiti
• Mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi.
• Sentiasa mempertingkatkan ilmu, keparakan dan profesionalisme.

Bersyukur
Perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat dan pemberian yang diterima, antaranya :
• Sentiasa menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa menganggap kejayaan sebagai hak.
• Bersedia memberikan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, berdendam atau menabur fitnah.
• Tenang menghadapi masalah dan ujian serta tidak boleh putus asa.
• Berpuas hati dengan nikmat yang diperoleh seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan.

Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan
kerja yang berkualiti, contohnya :
• Bekerja tanpa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah.
• Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan
• Tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti:
• Menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan saar, teliti dan ceria, tidak cuai atau merungut.
• Cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi.

Ikhlas
Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, antaranya :
• Menerima tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada tanggungjawab.
• Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain.
• Memberikan layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih.
• Bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka
• Saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.

Penyayang
Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat,
seperti :
• Bersifat pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri.
• Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa
prasangka buruk.
• Bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas.
• Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan
• Bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik,

bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.



Sunday, November 29, 2009

TAHNIAH
KECEMERLANGAN UPSR 2009 (5A)
KEBANGGAAN SK. TELUK GUNUNG, K. LIPIS.


Muhammad Faiz Hilmi bin Azman

Nur Aizatul Akma bt. Mat Salleh

"Kecemerlangan akan tercipta. Apabila pelajar biasa dari keluarga biasa, belajar di sekolah biasa, tetapi berusaha secara luar biasa." Dr. Sukri Abdullah.

          Masing-masing telah berjaya membawa balik sebuah basikal dan hadiah-hadiah lain yang disumbangkan oleh PIBG, kantin sekolah dan guru-guru. Sesungguhnya sumbangan anda amat dihargai dalam mengharumkan nama sekolah. Saya selaku GPK 1, ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat dalam meningkatkan prestasi Sk. Teluk Gunung dalam UPSR 2009. Tahniah dan syabas..... Semoga di tahun hadapan, pencapaian ini dapat ditingkatkan lagi. Insya Allah....



Friday, November 20, 2009

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK. MERAPOH 2008


Perbarisan Unit Pengakap






Bergambar kenangan selepas 20 tahun berkhidmat di Sk. Merapoh, berlatarkan gajet-gajet yang dibina sendiri bersama isteri dan anak bongsu











Gajet-gajet yang dihasilkan dengan ikatan yang kemas dan ukuran yang betul, dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid-murid dalam perkhemahan. Selamat dan tanpa was-was.